Day 0
Pre Jepun??? Ada ke??
Sebenarnya aku nak cerita persiapan sebelum aku ke Jepun pada selasa, 21 October 2014.
Aku agak kelam kabut sebenarnya untuk persiapan travel ke Jepun. agak terkejar2. Sebelum aku ke Jepun aku perlu mnghadiri majlis perkahwinan sepupu zz di Johor Bahru. Bayangkan, balik dari kerja hari Jumaat, aku terus gerak ke Johor. duduk sana dalam 2 hari jugak. mana tak terkejar2.. Hari isninnya aku kena kerja pulak. bila masa nak packing kan?? tapi hari ahad dalam kereta memang aku dah pikir nak halfday jer. aku nak packing.. Kononnyerla... Tapi yerla, kita ni merancang jer.. tuhan yang menentukan.. aku boleh demam pulak hari isnin tu. Aku pergi jugakla kerja halfday kan.. tapi pukul 11 jer aku dah cabut balik.. memang tak larat sangat dah.. dengan demamnyer, sakit tekak nyer, selsema nyer.. memang complete la.. balik2 tengok bag2 berlonggok tak kemas lagi. kain baju pon tak basuh lagi. aduh sakit kepala nyer.. Itinerary pon aku tak buat. Aku makan ubat dan terus dumm.. tdo terus. Zz cakap dia nak kemas balik kerja nanti. Yang aku sempat buat hanya beli stok makanan yang aku nak bawak.
Apa yang aku bawa untuk makanan ?
- Beras Nasi impit
- Cili Sos
- Cili Boh
- Kicap
- Sardin
- Tuna / Sardin / Kari ayam tin
- Maggi
- Mihun
- Mee Kering
- Pucuk dan Suun
Tu jerla kot.. takla banyak sangat . tapi memang cukup cukup untuk 10 hari aku kat sana.
Sepanjang aku kat sana, memang aku masak sendiri. setiap hari pagi dan malam. hihi..
Sehari sebelum aku travel tu, memang aku tak buat apa.. tidur , tidur dan tidur.. zz pulak balik malam. kena siapkan kerja apa yang patut. dia sampai pun dah pukul 9 malam.. semua packing dia yang buat..aku memang tak larat. makan ubat selsema. Lalok. ntah pukul berapa dia tidur pon aku tak tau.
Sambung Next Entry..

Tiada ulasan:
Catat Ulasan