Rabu, 10 Disember 2014

Bercuti ke Kansai : Part 1

Sambungan Bercuti Ke Kansai : Part 0

21 October 2014

Flight Jam 8 pagi.. tapi di sebabkan demam, jam 5 pagi baru nak bangun. terkejar2 lagi aku.



Gerak semua orang. adik2 aku kalau pagi memang mamai.. tengok bag nasib baik dah pack. Alhamdullillah..
6 pagi terus gerak menuju ke Putrajaya Sentral. Parking kat situ untuk 10 Hari. Agak mudah juga sebenarnya kan.. Kalau nak parking kat KLIA2 memang tak mampu la jawabnya..









Jam 7 sampai di KLIA2 terus check in.. bila dah masuk kat departure Hall, memang rasa lega sangat2.. dalam terkejar2 takut tak sempat akhirnya sampai juga. excited tu jangan cakap la.. Teruja sangat2.. aku tau adik2 aku pun mesti rasa macam aku juga.. 

Penerbangan mengambil masa 7 Jam.. Ya Allah.. berapa kali aku tidur, bangun, tidur balik.. rasa lamanya nak sampai.. rasa lenguh sangat2 la.. akhirnya, Jam 3.30 PM  aku selamat tiba di Osaka. Akhirnya..

Turun je dari Flight adik aku akim " Eh, macam ni jer sejuk kat Jepun??? tak sejuk sangat pun!!".. Ha.. cakap besar yer akim... yerla, masa kami sampai tu, cuacanya tak sesejuk yang kami harapkan..hahaha tapi tunggula bila malam.. baru tau sejuk ke tak..

Proses Mengambil bag dan Custom check berjalan dengan lancar, dalam hati aku aku doa2 jangan la makanan aku kena rampas dengan custom dia..aku tengok orang depan aku bag diorang kena selongkar. Banyak soal jawab jugak.. tapi bila tiba giliran aku, Dia hanya taya "Come with Family?" bila aku cakap Yes, Terus dia cakap " you can go".. Wah... Alhamdulillah sangat2.. Senang sangat prosesnya.. dan cepat.

Keluar jer dari bahagian custom, aku dah start menggelabah lagi,, mak dan adik2 aku memang harapkan aku jer.. Dorang dah pikir nak naik teksi.. Gila kau nak naik teksi!! Nak bayar berapa?? lagi2 kitorang ni 5 orang, dah sah la kena ambik 2 teksi kan?? Tak Boleh. Aku cakap kat mak aku kena naik train jugak..
Tapi sebelum tu aku gi kat information centre untuk beli pass untuk sepanjang kitorang kat Osaka ni.
Ala, Day 1 aku tak banyak ambk gambar la.. yerla dengan bag yang banyak mana nak tangkap gambar kan..



Ha.. kat cni la aku beli pass tu. 

Pass apa yang aku beli?? Aku beli Kansai Thru Pass untuk 3 Hari dan Osaka Amzaing Pass untuk 2 Hari.
Nanti aku crita pasal pass ni dan penginapan dekat entri yang lain.

Dah abis beli pass terus gerak cari train JR untuk shjonawate. untuk 10 hari, kami akan menginap di Shijonawate.. Ya. hanya satu tempat. satu rumah. Takde pindah randah.. kalau ikutkan aku, kalau pergi berdua saja dengan zz mungkin kami akan tinggal di hostel je. lebih murah mungkin. tapi di sebabkan aku bawak 2 orang adik yang mana seorangnya adalah lembam / Autism serta mak aku yang dah berusia 60 tahun, takkan la aku nak heret diorang angkat beg besar tiap2 hari kan?? jadi, duduk di satu tempat adalah lebih mudah bagi aku. 

TimeRouteFareSeat FeeUsefulLink
13:50
beginKANSAI AIRPORT
Station timetable Add to favorite
[50 Min]
through
  • JR Kansai Airport Rapid Service
Train timetable Interval timetable
14:40
14:46
transferTENNOJI
[ Arrival track No.18 / Departure track No.11 ]

Station timetable Add to favorite
[13 Min]
through
  • Osaka Loop Line(Inner loop)
Train timetable Interval timetable
¥1,360
14:59
15:01
transferKYOBASHI(OSAKA)
Station timetable Add to favorite
[17 Min]
through
  • JR Gakkentoshi Line Local
Train timetable Interval timetable
15:18
endSHIJONAWATE
Add to favorite
Route yang aku guna untuk ke shijonawate. ambil dari hyperdia


Jarak perjalanan mengambil masa dalam 1 stgh jam dari Kansai Airport. Kami sampai disana lebih kurang jam 7 ptg. tapi rasanya macam dah jam 9 malam. Gelap. Sebaik je sampai di station Shijonawate, kitorang dah blur mana nak cari rumah tu? Nak ambik teksi ke tak? Kalu ikut direction yang owner rumah ni bagi, macam dekat jer.. tapi direction tu dalam bahasa jepun. mana nak paham?? Ah sudah... masa tu aku main serbu jer tanya orang. nampak ada lelaki dalam umur 30-an. aku tanya dia macamana nak pergi alamat yang aku tunjuk tu. tapi dia cakap bahasa Jepun. Adohai macam itik cakap dengan ayam la kitorang ni.. tapi yang aku kagum giler kat orang Jepun ni, bila dia nak tolong, memang dia akan tolong abis abisan la.. dalam kitorang tak paham apa yang dia cakap, dia suruh kitorang ikut dia. Mak aku dah cuak dah.. nak ikut ke?? tapi bila tiap kali dia jalan dia tengok map yang aku bagi tu, aku rasa dia nak bawak kitorang ke rumah tu. dan memag yer dia bawak sampai depan rumah, erh bukan.. depan pintu rumah ok..memang tabik spring la aku kat mamat tu.. Arigatogozaimas!!!
Jalan nak ke rumah tu , Aku ingatkan dekat tapi ya Allah... Jauhnya aku rasa.. dalam google map tulis 8 minit walk, itu kalau Jalan orang Jepun. Kalau kita orang Malaysia ni, ko kena darab dengan 3 ok.. dalam 20 minit jugak jalan kaki. 

Masuk jer rumah semua terlepek abis dah.. penat betul. dengan bag yang berat, banyak pulak tu.. aiyo..mau fengsan rasanya.. Keadaan rumah tu memang selesa. bersyukur sangat dapat rumah tu.. ( Feeling rindu amat pada rumah tu..huhuhu )

Sambung Entri Baru la yer.. penat nak taip...

Bercuti Ke Kansai : Part 0

Day 0

Pre Jepun??? Ada ke??

Sebenarnya aku nak cerita persiapan sebelum aku ke Jepun pada selasa, 21 October 2014. 

Aku agak kelam kabut sebenarnya untuk persiapan travel ke Jepun. agak terkejar2. Sebelum aku ke Jepun aku perlu mnghadiri majlis perkahwinan sepupu zz di Johor Bahru. Bayangkan, balik dari kerja hari Jumaat, aku terus gerak ke Johor. duduk sana dalam 2 hari jugak. mana tak terkejar2.. Hari isninnya aku kena kerja pulak. bila masa nak packing kan?? tapi hari ahad dalam kereta memang aku dah pikir nak halfday jer. aku nak packing.. Kononnyerla... Tapi yerla, kita ni merancang jer.. tuhan yang menentukan.. aku boleh demam pulak hari isnin tu. Aku pergi jugakla kerja halfday kan.. tapi pukul 11 jer aku dah cabut balik.. memang tak larat sangat dah.. dengan demamnyer, sakit tekak nyer, selsema nyer.. memang complete la.. balik2 tengok bag2 berlonggok tak kemas lagi. kain baju pon tak basuh lagi. aduh sakit kepala nyer.. Itinerary pon aku tak buat. Aku makan ubat dan terus dumm.. tdo terus. Zz cakap dia nak kemas balik kerja nanti. Yang aku sempat buat hanya beli stok makanan yang aku nak bawak.

Apa yang aku bawa untuk makanan ?

- Beras Nasi impit
- Cili Sos
- Cili Boh
- Kicap
- Sardin
- Tuna / Sardin / Kari ayam tin
- Maggi
- Mihun
- Mee Kering
- Pucuk dan Suun

Tu jerla kot.. takla banyak sangat . tapi memang cukup cukup untuk 10 hari aku kat sana.
Sepanjang aku kat sana, memang aku masak sendiri. setiap hari pagi dan malam. hihi..

Sehari sebelum aku travel tu, memang aku tak buat apa.. tidur , tidur dan tidur.. zz pulak balik malam. kena siapkan kerja apa yang patut. dia sampai pun dah pukul 9 malam.. semua packing dia yang buat..aku memang tak larat. makan ubat selsema. Lalok. ntah pukul berapa dia tidur pon aku tak tau.

Sambung Next Entry..