| KOTA BANDUNG |
Hmm.. aku nk menulis tentang trip aku ke Bandung. banyak yang ingin aku tulis, tetapi mungkin juga akan mnjadi part by part. welll... aku bukannya rajin sgt nk update blog tapi kiranya kena tulis jugak sebabnya mana la tau aku nak g skali lagi boleh la aku review balik apa aku buat dan mana aku pergi.
Sebenarnya aku beli tiket ke bandung dah lama dah awal tahun lagi. bulan satu kot n aku travel bulan October. Biasala orang yg xberduit macam aku ni nak gi sesuatu tempat kena beli tiket awal2 time ada promosi. tu pon naik AA jer... Tu pon beli tiket turun ke Jakarta. Nak murah punyer pasal kan.. Jadila.. asal boleh berjalan....Untuk 2 org temasuk luggage aku dapat harga dalam RM350. Agak2 mahal ker murah??
Since ini 1st time aku naik flight.( Yer aku tau aku ni mcm ketinggalan zaman ckit. umur dah nak masuk 3+ baru nnak merasa naik flight) perasaan aku mestila berkobar2 kan.. mau nya tak. rasa tak sabar nya lain macam sikit.. berdebar2 jer pagi tu. xlena tidur. hihihi... Aku dah suruh zz packing bag siap2 tapi biasala zz tu. suka sangat perkataan kejap dia tu. Nak suruh aku packing bag?? xpela la.. bukan aku xnak buat tapi nanti bila zz check mesti banya jer yang dia komen. kenapa bawak tu. kenapa x bawak ni. so, dari dgr dia bebel2. suruh dia packing jerla. bayangkan aku nak pergi hari sabtu flight pukul 1.20 P.M, boleh pulak zz baru nak packing bag pukul 8 pagi. dia punya kejap tu hai lemah aku. Pukul 9 pg kitorang gerak keluar konon2 nak amik bas dekat KL Sentral jer. Tapi bila aku tgk ada ERL boleh pergi ke LCCT. time tu juga aku nak try naik ERL. (Yer sila tau juga yg aku xpernah naik ERL). Gedebak gedebuk kitornag sampai LCCT pukul 12.15.. Dah sampai tu aku ni mula la blur dengan print receipt flight yg aku ada nih. aku dok tolak zz g information centre tu. tanya nak wat macam mana. tapi dia dok tolak aku plak sebab dia segan nak tanya. hi la en zz. Bila aku tanya dan diberitahu yang aku kena ke kaunter no 15-28 untuk print boarding pass dan check in luggage. Owhhh... baru aku tau.. dah settle check in time tu baru pukul 12.30.. so kitorang tengok owh sempat lagi nih nak pergi makan. dah la aku tak makan dari pagi. lapar giler tau masa ni.aku nak makan mcd tapi sebab penuh kitorang pon makan kebab jer. aku ngan zz pon dok rilek jerla sbb ingat ada masa dalam 40 minit lagi. boleh gi tandas dulu.. dalam kol12.45 tu pon kitorang pon masukla kat departure hall tu. aku ingat bila dah masuk departure hall tu kira dah selamat la.. sekali aku dengar nama zz kena panggil.. apa lagi aku ngan zz berlari la masuk. takut kena tinggal flight la kata kan... hahah abis aku terlanggar org yg lalu lalang tu.. dah la jauh nak naik flight tu.. kitorang orang yg paling last masuk. pintu pon dah nak tutup dah.. malu betul aku..hahaha tapi bila dah duduk tu memang rasa lega giler la..
Aku dah duduk tempat duduk aku ntah macam mana aku boleh rasa macam nak turun plak. Jantung aku dup dap dup dap.. aku kalau dh start rasa takut tu mula la rasa pening nak muntah semua. belum fly lagi aku dah rasa tak sedap dah.. rasa time tu mmg nak turun.. aku ni duduk tepi tingkap nampak flight dah bergerak aku rasa tak boleh nak nafas dah. zz dok kata jangan pandang tunduk tgk bawah je. nasib baik dalam bag aku ada minyak yu yi cap limau. aku dok bau minyak jer la bagi tak pening. lantakla sapa yang bau minyak angin dalam flight tu..hihi.. .bila dah mula terbang aku ni macam2 doa aku baca. takut sangat.. otak aku mmg cakap aku nak turun jer. siap pejam2 mata lagi.. tapi bila dah stabil baru aku bukak mata.. so rasa gayat aku tu pun ilang sekali...hahah.. kelakar gila bila aku pikir balik.. punya la takut..
So Next entry aku crita pasal trip aku plk erk.. dah malam ni aku ngatok..muahaha...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan